//OurJourneyBeginsHere

Monday, 29 October 2018 • 5:50 pm • 1 Sweet hearts

Hai!
   Lepas beberapa hari marsya tak update blog so yea, harini nak membebel panjang sikit lah kot hehehe. Minggu ni marsya ada banyak sangat tugasan yang diberi. Waktu pagi sibuk pergi ke kelas, apabila pulang ke asrama dah penat jadi tidur rehat dan sebagainya, pada bahagian malam pula sibuk siapkan tugasan yang diberi. jadi terbalik pula waktu siang tidur, waktu malam berjaga hahaha.

   Selain itu, marsya juga sibuk dengan hari konvokesyen unisel. Untuk subjek event management, kami satu kelas diberi tugasan untuk meniaga pada hari konvokesyen tersebut bagi mengutip dana untuk event kami pada bulan 12 akan datang. kami satu kelas dibahagikan kepada 5 kumpulan kerana terdapat 5 jenis makanan yang akan kami jual pada hari konvokesyen tersebut. Antara makanan yang akan kami jual pada hari tersebut ialah  makaroni dan keju, dadih, aiskrim malaysia, kek batik, dan sandwich.

   Kumpulan Marsya menjual makaroni dan keju.kami bekerjasama memasak, menyediakan dan menjual makanan tersebut bersama. penat memang penat tapi saya berasa sangat seronok apabila melihat pelanggan kami gembira dengan cara layanan kami dan berpuas hati dengan makaroni dan keju yang kami sediakan. Alhamdulillah, rezeki menyebelahi kami pada hari tersebut, makaroni dan keju kami habis terjual dan mendapat keuntungan yang kami juga tidak menjangkakannya. jadi tu je lah yang marsya nak kongsi dengan kalian semua hehe. satu kepuasan dan rasa gembira serta pengalaman yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. 


Posted by: Marsya syantik

Labels: , , ,


1 Comments posted :

Anonymous Anonymous said... 1:41 pm

tulaa namanya student life wei

Post a Comment


Clock