//OurJourneyBeginsHere

Sunday, 4 November 2018 • 12:09 am • 1 Sweet hearts

        Hello assalamualaikum, macam biasa lah bila cuti midsem pun bermula semua pelajar di Unisel akan mengemas barang barang untuk pulang ke rumah masing masing. Aku? balik Shah Alam. Ini lah masa yang aku tunggu sangat untuk balik ke rumah sendiri sebab selesa dan dapat meluangkan masa dengan family.

        Malam Khamis, kawan aku datang ambil aku di Unisel dan hantar ke rumah sebab parents aku tak dapat ambil. Sampai di rumah pun dalam pukul 11 lebih tetapi masa tu keluarga aku belum tidur lagi. 2 orang abang aku dari UTHM dan UTM Johor pun balik juga pada malam khamis tu tapi diorang lambat sikit sebab bas yang diorang naik tu rosak so diorang kena tukar bas. Bas yang ditukar tu lambat sampai.

       Pada pukul 1.30 pagi, aku, adik and mak aku keluar ambil abang aku di station bas seksyen 13. 10 minit juga lah tunggu di situ then baru abang aku muncul dekat kereta kitorang. Masa tu, mak aku happy sangat sebab anak anak dia dah balik. Meriah lah rumah kitorang. Bukan selalu dapat kumpul ramai ramai satu keluarga.

       Esoknya hari jumaat, mak aku bawak kitorang pergi makan Secret Recipe, Seksyen 18. Dah lama rasanya tak makan kek. Aku order spaghetti bolognese sebab teringin sangat nak makan tu. Lepas habis makan kitorang balik ke rumah. Mak aku cakap nanti nak buat laksa so aku tunggu tuu! Laksa tu jela makanan fav aku dari kecil sampai lah umur aku yang sekarang ni. :D

          


                                                                penulis: Amira Natasha

Labels: ,


1 Comments posted :

Anonymous Anonymous said... 1:29 pm

nice cake

Post a Comment


Clock