.png)
|
Monday, 12 November 2018 • 11:42 am • 1 Sweet hearts
KELUARGA '69'
Sabah. Negeri bawah bayu yang dah tak asing dah dengan aku, mahu family kecil aku. Kenapa family kecil? sebab family aku besar hahaha. Seperti yang dah tertera di profile aku, aku ada satu ayah, 3 mak. Jumlah anak kepada 3 mak je dah 8. Bawah lapan tu pulak ada lagi benih 7 orang. Belum lagi yang 'ipar' aku. Betul. Sangat ramai sebenarnya. So, itulah jumlah yang pergi trip vacay kami ke Sabah, Khamis lepas. Oh! ada satu keluarga kecil yang berjumlah 4 orang tak join. Keluarga abang pertama aku. Jadi, jumlah kami sekeluarga yang pergi, 17 orang. HAHAHA makanya drama kami banyaklahhh. Ragaman masing-masing taktahulah nak cerita macam mana. Kami pernah je trip ke sabah dulu. Tapi tu cerita dulu. Anak buah aku yang 8 tahun sekarang pun dulu masih baby waktu tu. Aku pun muka sememeh lagi, darjah 6 seingat aku. Sekarang budak-budak semua kaki panjang. Berlari, bising, nangis, dan repeat sampai tidur. Tu je waktu diorang sunyi pun. Bayangla nak control beberapa kepala yang keras kepala? Kami surrender. HAHAH. ![]() Ni, aku nak sambung dengan aktivitas kami di sana. So, kami gerak khamis tu jam 3 pagi. Nak cerita sikitla kan, baba aku ni sangat 'jepun' dengan pengurusan masa. Kalau flight lepas subuh sekalipun, dia akan gerak airport dengan SANGAT AWAL. Selalunya, kepada siapa yang selalu travel, kita akan pergi dua jam sebelum check-in kan? Baba akan ada kat airport 3 jam awal sebelum check-in. So, hari tersebut family kecil lain agak kelam sabut sikit. Almaklumlah, jam 3 pagi, nak layan ragam anak-anak kecik. Aku yang tak ber'anak' pun dah pening. Apa lagi yang merasa. HUHUHU. Setibanya kami di airport, check-in dan lepak KFC. Gabunglah 3 meja dan kami conquer macam mamak. hahahhaaha. Pernah tengok cerita "Keluarga Iskandar" tak? Haaa lebih kurang macamtulah kami. lucu. 7.15 AM ![]() ![]() ![]() So, Alhamdulillah. Elok 2 jam perjalanan di atas awan, kami selamat landing di Sabah. Penat. Tapi kami teruskan perjalanan dan gunakan sisa-sisa tenaga yang ada ke destinasi seterusnya. Dari airport, kami sewa sebijik van untuk kami sekeluarga termasuk bagasi2 yang ada. PADAT. 17 kepala, satu van. Can you guys imagine? aaaaaaaa. So, abang aku adalah driver kami. Destinasi pertama, Pulau Manukan.
( Acap. Our driver )
( ke Pulau Manukan )
( aku snorkeling )
( Ain and Haqqul )
( Alololollo suwitnyaa )
Ok, setel pulau. Mandi manda, asuh mengasuh, kunyah mengunyah, telan air masin pun sudah bha. 4 petang, kami naik bot semula, gerak ke jeti dan naik van menuju ke destinasi kedua, Melangkap, Kota Belud. Agak mencabar perjalanan kami tu, sebab nak pergi ke Melangkap tu ambil masa 3 jam jugak dari jeti pulau tadi. Sudahlah semua kepenatan, di-eratkan pula dalam satu van yang saiznya agak muat untuk 8 orang dewasa je sebenarnya. Hari makin gelap,suram. Jam 6 petang dah mula maghrib, kami tetap tabah dan cuba ceriakan suasana dalam van. Disebabkan tempat yang kami nak menginap di homestay ini, adalah di dalam ceruk hutan dan ada sebatang sungai sebelah homestay tu, juga dekat jaraknya dengan Gunung Kinabalu, jadi boleh dikatakan kawasan pedalaman jugaklah. Perjalanan memang banyak likunya, dengan jalan yang bengkang bengkok, jambatan seakan titi untuk dilalui dengan sebuah van yang penuh muatannya, hanya kami yang tahu perasaan at that time. hahahahaha... Alhamdulillah, sampai juga dengan selamat. Turun je van, semua check kaki, risau dah tercabut. Sebelum masuk kawasan pedalaman ni tadi, kami sempat singgah pekan cari kedai runcit. Jadi, adalah beberapa bekalan bahan mentah yang senang untuk dimasak bersama, di homestay nanti. Dalam jam 9 malam seingat aku, kami yang perempuan termasuk dua mak aku, mula mengagih tugas masak. Aku tumbuk sambal je hahah. Golongan kanak-kanak mula simpan tenaga. Mereka habiskan masa dengan marathon semua kartun dvd di tv ruang tamu. Siap semua, makan sudah, membawang bersama sudah, siapkan diri juga sudah, aktiviti akhir kami ialah adakan meeting kecil di meja bulat untuk plan esok hari. Apakah plannya? Sila ke perenggan seterusnya. So, plan esok harinya ialah... mandi manda di sebatang sungai sebelah homestay kami. betul2 10 langkah je dari pintu masuk homestay. view dia ha sangatlahhh elok. Boleh nampak dari bawah, hujung gunung kinabalu. Kami riuh rendah laaa apa lagi. Yang tak tahannya air sungai tu, jernih memang jernih, sejuk dia overloaded bak hanggggg. makan masa kami nak masuk separuh badan dalam sungai. but, here some pics kami disungai.
Well yes, there is Gunung Kinabalu right there.
Habis mandi sungai, aku bau sesuatu. Bau tu dari pintu boleh bau, aku ikut. Rupanya breakfast memang dah tersedia atas meja kat dapur, thank you makkak, yang memasak. Aku, nunu dan kakak bulat, habiskan makan dulu, baru persiap barang dan diri. Kemas mengemas dengan keluarga, dannnn sesi bergambar di tepi sungai. Bye Polumpung. Till we meet again.
Sebelum gerak?
Takkan amik gamba family jeee. I pun kena ada gak hehe
Terserempak Mia, yang last jumpa form 5 huaaaaa. member gossip dulu ni hm
Kitorang pergi Mesilou Cat Village.
Mempersembahkan kucing-kucing malas yang tak sedorrr diri.
Buat apa sorang sorang tu
An incident, where makkak terjatuh sebab rakam bunga bungaan. Aku gelak, berdosa ke aku hahahahahahahahah
Tengokla si gemuk ni, lemak dah terkeluar dah. Boleh selesa lak dia hahahahaha
aloooooo kenapa tidur soranggg
WOI BANGUN
Eh ramainyaaa
ala mok, pandangla sini kejap
yela boleh la tu haha
Aku risau betulla tengok katil dia tu. sungguhla tak strategik.
Im Amirul's sunflower
So.... after tengok kucing, kami balik homestay yang kami sewa untuk satu malam di Kundasang. Esoknya.....
iyeppppp. masih di atas Kundasang, kali ni kami bersiar siar cari susu lembu fresh.
aiskrim coklat dan vanilla yang superb superb freshieeeee.
I was spending time alone, time ni je la. cari spot lawa2 untuk shoot family.
Nampak je macam mesra. disaster senanya hahah
Tu je sedikit sebanyak gambar kat kandang lembu yang boleh feeling New zealand tu. Kenapa? sebab sebenarnya banyak gamba lain, cuma banyak shoot gambar family yang berangan model je. hahahahah so takyahla yak?
Hari terakhir, kami habiskan sisa2 waktu tu di bandar Kota Kinabalu. Untuk shopping, pasar, dan sebagainya.
Our big boss was chilling sorang haha
Housemates punya gelang?
nak balik keyelll dahhhh
Yes, i admit. kebahagiaan aku sampai mencecah limit kalau gather satu family besar. Thank you, next.
Yang ikhlas,
Cik Athifah Alam
Labels: CHENTA, DAILY ACTIVITIES, FOODS, MOMENTS, SHOPPING, VACATION
|
Clock |
1 Comments posted :
kau mesti selalu pergi travelkan? lagi seroonok pergi travel dengan family kan
Post a Comment